Tuesday, 4 March 2014

RANCANGAN PERNIAGAAN DASHAFAR



RANCANGAN PERNIAGAAN

PENANAMAN CENDAWAN SECARA KOMERSIAL

 

RANCANGAN PERNIAGAAN PENANAMAN CENDAWAN SECARA
KOMERSIL DI LOT 129, KUALA NERANG, KEDAH.
NAMA SYARIKAT : DAHSHAFAR (AS-123456-P)
LOKASI : KUALA NERANG, KEDAH
KELUASAN : 50 EKAR
PEJABAT : NO 41 TAMAN DESA SAPURA, KUALA NERANG
TELEFON/FAX :+6011-19104553
TARIKH : 23 MAC 2013
ISI KANDUNGAN

A. Matlamat
B. Pihak Yang Terlibat
C. Pemilihan Penanaman Cendawan
D. Lokasi Projek
E. Perancangan Pengeluaran
F. Analisa Pengeluaran dan Kewangan
G. Rancangan Pemasaran
H. Pembangunan Perniagaan
I. Pelan Tindakan bagi Risiko dijangkakan
J. Tenaga kerja
K. Pelan Perancangan penanaman












A.    MATLAMAT

1.      Melibatkan diri sebagai generasi muda bumiputera di dalam sektor pertanian secara komersil terutama pertanian menggunakan teknologi tanpa pengggunaan tanah yang luas disamping menyahut hasrat kerajaan untuk menjadikanpertanian adalah sebuah bentuk perniagaan yang menguntungkan.
2.      Kadar jualan melebihi RM 250,000.00 setahun
3.      Menjadi projek pertanian contoh secara khususnya bagi tujuandan latihan bagi kemententerian Pertanian.
4.      Menyediakan peluang pekerjaaan sampingan kepadamasyarakat setempat.
5.      Bagi pengeluaran 200kg sehari, pekerja kontrak yangdiperlukan bagi proses penyediaan beg adalah seramai 10-15orang dan pembungkusan adalah seramai 10 orang.















B.     PIHAK YANG TERLIBAT

1. ProjekCendawan (Kedah AgroFarm) / Belia 4B- Pengusaha
2. Jabatan Pertanian Malaysia – Pembimbing Projek
3. FAMA- Pemasaran dan logistic
4. MARDI- Khidmat Nasihat Teknikal
5. Bank Pertanian – pembiaya Kewangan Projek



C.     PEMILIHAN CENDAWAN TIRAM

1.      Secara amnya cendawan tidak memerlukan penggunaan tanah sebagai medium pertanian bahan buangan iaitu habuk kayu getah merupakan media utama.
2.      Penggunaan ruang yang efektif kerana beg cendawan disusundi atas rak.
3.      Berpotensi memaksimakan dan mempelbagai penggunaantanah kebun getah, kelapa sawit, buah-buahan atau kawasanrumah kampong seperti kawasan Felda.
4.      Kebolehan perancangan pengeluaran dilakukan keranapusingan (fruiting ) boleh dijangkkakan.
5.      Pengerakan harga bulanan yang stabil ( sumber wartabarangan 2000 FAMA)
6.      Cendawan Tiram mempunyai beberapa variety sepertiCendawan Tiram Kelabu, Putih, Merah Samar, Biru dan Kuning







D. LOKASI PROJEK
Tanah Pertanian di Kg. Baru Kuala Nerang, Kuala Nerang milik Koperasi Peladang, atas pajakan selama 10 tahun seluas 50 ekar. Dinilai perjanjian selama RM 300 Ribu secara usahasama dengan syer 30%. Tapak Projek dipilih berasaskan faktor berikut:
1.      Berada di didalam lingkungan 120 KM dari Pulau Pinang ( hubpemasaran ) bagi kemudahan pemasaran dan logistik sayuranyang mudah rosak. Kawasan yang termasuk di dalam KoridorUtara.
2.      Kawasan persekitaran yang bersih dikelilingi oleh pokok bagimenghalang pencemaran terutama asap kenderaan kerana iaterletak kira-kira 1 KM dari jalan utama.
3.      Lokasi tersebut mempunyai prasarana kemudahan asas sepertibekalan air paip, elekterik dan jalan yang lengkap.
4.      Berdekatan dengan kawasan kampong bagi kemudahantenaga kerja ini juga bagi menyediakan peluang pekerjaansampingan kepada masyarakat setempat khususnya bagi belia- belia di sekitar daerah Kuala Nerang, Kedah.














E. PERANCANGAN PENGELUARAN
Faktor utama berikut adalah penting merancang pengeluaran dan pengiraan.
Penghasilan
1.      Tempoh Pemeraman – selepas menyuntik benih 45 hari
2.      Masa rehat (fruiting interval) di antara pungutan hasil adalah10 hari.
3.      Tempoh Matang selepas penutupan dibuka adalah 3 hari( ditutup semula pada hari ke 5)
4.      kekerapan penghasilan sebanyak 4 kali
5.      Campuran Media : 100:10:1 Habuk kayu 500gm/beg
6.      Biji benih: 1 Botol / 25 beg
7.      pengeluaran : 200kg sehari
8.      Hasil per berg: 60 gm
9.      Upah kerja
a.      Penyediaan beg 17 sen beg
b.      Pembungkusan 7 sen beg
c.       Pengurusan RM 10,000 Sebulan
10.  Sewa RM 300 sebulan
11.  Pemasaran
a.      Berat Bersih 10gm / pek
b.      Harga RM 4.00/kg









Keperluan Peralatan Pengeluaran.
12.  Pondok Cendawan ( 2 Unit) – dua (2) unit pondok perludibina bagi sesuatu matlamat pengeluaran. Satu unit bagimenempatkan beg cendawan bagi penghasilan semasa dansebuah lagi menempatkan beg cendawan gantian selepaspondok pertama habis pengeluaran hasil.
13.  Pengukusan (2 unit) – kapasiti muatan untuk satupengukus dalam 1000 beg. Bagi pengeluaran 200kg sehari,bagi menyuntik 3,833 beg beg sehari 2 pengukus diperlukanbagi memenuhi matlamat ini.
        Beg cendawan akan dikukus sela a12 jam dan akandibiarkan sejuk selama 48 jam sebelum benih disuntik.
        Pengukusan akan dibuat pada suhu minima 100°C bagimenyahkuman campuran media.
14.  Sistem Penyemburan kabus (mist sprinker system)(2unit) – perlu dibina bagi mengawal suhu di dalam pondoksupaya kurang daripada 28°C dan peratus kelembapanmelebihi 80%.
15.  Mesin Pembancuh – bagi menimatkan tenaga kerja danmemperolehi campuran media yang sekata.
16.  Kelengkapan lain – termasuklah peralatan dan servispembasmian serangga perosak, peti sejuk dan elektrik sepertilampu.
17.  Bilik suntik dan stor – keperluan menyediaan bilikkhusus bagi bilik suntik untuk meminimakan kerosakan dan bilikstor habuk bagi mengurangkan kerugian atau lebihpenggunaan bahan media.









F. ANALISA PENGELUARAN DAN KEWANGAN
1. Faktor Utama Kos
Penyediaan Peralatan dan Bangunan RM 136,724

Pondok Cendawan
1.      2 pondok cendawan memerlukan 38 ribu iaitu 22.79%dari jumlah keseluruhan pembiayaan.
2.      Satu pondok disediakan bagi menghasilkan semasa dan satu pondok tambahan diperlukan bagi menampungpenghasilan selepas pondok pertama telah tamat tempohpenghasilan.
3.      Ia juga disediakan kerana masa pemeraman sebelumpenghasilan adalah selama 45 hari.
4.      Muatan pondok perlu menempatkan jumlah keseluruhanbeg cendawan untuk sesuatu penghasilan bagi mengelakpembaziran ruang.
5.      Setiap pondok akan dibahagikan kepada 3 seksyentertutup bagi menimakan risiko jangkitan penyakitcendawan.

Pengukus
1.      2 unit pengukus menelan belanja RM 10 ribu iaitu 6%daripada belanja pembiayaan.
2.      Pengukus merupakan alat kritikal kerana faktor berikutperlu diambil kira bagi penempatan cendawan.
        Muatan pengukus mesti dapat menampungmatlamat pengeluaran sehari.
        Masa yang diambil bagi mengukus beg cendawanadalah selama 12 jam pada suhu 100C.
        Masa yang diperlukan bagi menyejukkan begcendawan pada suhu bilik adalah selama 48 jam.
3.      Dua pengukus diperlukan bagi pengeluaran cendawan 200kgsehari pengukusan sebaik-baiknya dilakukan semasa waktusiang bagi mengelakkan kesilapan.


Perbelanjaan tetap (overhead) Pengurusan dan Sewa.
1.      Jumlah sebenar kos ini adalah RM 18,197 bagi setiap pusinganpenanaman.
2.      Jumlah ini adalah 10.91% daripada belanja pembiayaan atauRM 0.40 per beg atau RM 0.38 bagi setiap RM.
3.      Kadar Kos ini bagi setiap beg akan menurun jika pengeluaranditingkatkan. Sebagai contoh kenaikan pengeluaranditingkatkan. Sebagi contoh; kenaikan pengeluaran sebanyak 5kg sehari akan menurrunkan kos ini sebanyak 1.56% bagisetiap ringgit atau mengurangkan kos per beg sebanyak 0.01.

Perbelanjaan Operasi – RM 33,074 (58%) semusim
1.      Perbelanjaan yang diperlukan bagi menyediakan 46 000 begcendawan semusim dan membungkus 200kg pek cendawansehari adalah 29,496.50.
2.      Ini merupakan 16.49% daripada jumlah pembiayaan atau RM0.40 per beg atau bernilai RM 0.58 bagi setiap RM.
3.      Kadar Kos ini adalah berkadar terus dengan jumlahpenghasilan yang dirancang.
4.      Hasil pendapatan bagi pusingan semasa akan disimpan bagijumlah bagi perbelanjaan operasi untuk keperluan pusinganberikutnya.
5.      Habuk kayu getah sebagai media asas penanamanmenyumbang sebanyak 13.91% kepada jumlah perbelanjaanoperasi.
                                                                                                              







Keperluan pengurangan kos dan memaksimakan penggunaan peralatan,
1.      Mengurangkan kos
a.      Meningkatkan jumlah penghasilan setiap beg. Antara faktoryang perlu diambilkira adalah cuaca panas yang akanmembantutkan pembesaran cendawan atau menyebabkancendawan menjadi kering dan ringan.
b.      Bagi tujuan ini sistem penyemburan akan diaktifkan secaraautomatik sekiranya suhu melebihi 28 C dan bagi mengekalkankelembapan udara pada minima 80C.
c.       Memaksimakan penggunaan ruang pondok cendawan danpengukus. Rekabentuk pondok perlu dirancang bagimenempatkan jumlah keseluruhan beg yang diperlukan bagisetiap pusingan pada satu beg. Ini bagi mengelakanpercampuran beg cendawan antara penanaman semasa danpenanaman berikutnya.
d.      Oleh kerana kos pengurusan dan operasi adalah tetap, satu-satunya cara mengurangkan kos ini adalah denganmenambahkan jumlah pengeluaran.

2.      Masa rehat (Inter-fruiting) dan penghasilan
a.      Masa rehat diantara setiap kutipan hasil.
                                                              i.      Penambahan masa rehat penghasilan (fruiting interval) akanmenyebabkan penambahan jumlah beg cendawan.
                                                            ii.      Ini akan menyebabkan kos penyediaan peralatan dan kos tetapakan turut meningkatkat kerana lebih lama masa yang diperlukanuntuk mengeluarkan hasil.
                                                          iii.      Jika lebih lama masa yang diperlukan untuk pengeluaran hasil,tempoh pembayaran balik pinjaman juga akan meningkat.
b.      Penghasilan setiap beg.Penghasilan setiap beg adalah amat penting kerana penghasilansetiap beg yang akan tinggi akan mengurangkan jumlah beg yangdiperlukan.
c.       Penambahan kekerapan penghasilan (fruiting cycles)
                                                              i.      Penambahan penghasilan daripada 4 kali daripada 5 kali akanmeningkatkan nisbah pendapatan kepada modal tetapimeningkatkan pembayaran pinjaman.
d.      Harga
Untuk tujuan pengiraan harga pasaran bernilai RM 4.00 sekilogramadalah digunakan. Kenaikan harga akan memberikan kesan yang positif kepada semua faktor kos dan pembayaran pinjaman.




e.       Kesan perubahan konstan:
KONSTAN
PENGELUARAN
HARGA
HASIL/BEG
MASA REHAT & MATANG
MASA PEMERAMAN





































Secara amnya 2 faktor berikut akan memberikan kesan positif ke atas projek tanpa melibatkan pembiayaan tambahan.
·         Penambahan penghasilan setiap beg
·         Kenaikan harga cendawan.
f.        Pendapatan sampingan
                                                              i.      Pelupusan media sebagai baja kompos
§  Selepas tamat penghasilan semasa, media yang digunakandapat dijual sebagai baja kompos atau sebagai bahancampuran membuat baja kompos.
§  Bagi setiap penanaman terdapat 13,800 kg buangan yangdapat dikumpulkan
§  Sekiranya dijual pada harga borong RM 1.00 sekilogrampendapatan sampingan yang boleh didapati adalah RM13,800.
                                                            ii.      Penjualan beg cendawan Siap.Beg cendawan siap boleh dijualkan kepada pengusaha kecil yangtidak mampu menyediakan perusahaan modal kapital atau bagi isirumah yang mahu mendekati perusahaan cendawan tiram bolehmembeli beg yang telah siap disuntik pada harga RM 1.50. Puratakos penyediaan adalah RM 1.03


g.      Pembiayaan dan pulangan:
Pinjaman pembangunan
RM 136,724
Pinjaman Operasi
RM 30,027
Jumlah keseluruhan
RM 166,751
Pendapatan tahun Pertama
RM 360,500
Tempoh pembayaran Pinjaman
602 hari / 1 tahun 8 bulan 2 hari

Analisa kewangan (Tempoh projek @ 15 tahun)
NPV@10%                              RM482,967
IRR                                          95.18%
B/C @ 10%                             6.69














G. RANCANGAN PEMASARAN

Peringkat permulaan
1.      Pemasaran akan dilakukan melalui Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan (FAMA).
a.Dilakukan bagi membolehkan pengusaha menumpukanperhatian kepada pengurusan dan penanaman.
b.FAMA akan membantu dari segi logistik dan pasaran.
c. Memperolehi pengalaman dan kebolehpercayaansebelum memasuki pasaran terbuka secara sendiri.
2.      Pembekalan dilakukan melalui kontrak bekalan.
a.Cara kedua: konsep jaminan pasaran 100%Kaedah permulaan bagi permulaan projek melalui pinjaman bank.

Peringkat kedua
        I.            Pemasaran masih lagi dijalankan melalui FAMA tetapimenggunakan kontrak bekalan berbeza.
        Cara pertama : konsep jaminan pasaran ikut peratus

     II.            Kaedah yang akan digunakan setelah pinjaman dilunaskan ataumendapat kepercayaan daripada pasaran terbuka.
        Pemasaran akan dilakukan sendiri kepada pasaraya, pasarborong, pasar basah dan mana-mana ruang atau kaedahajualan yang ada bagi mendapatkan harga yang maksima.
        Pemasaran selain daripada FAMA akan dipecahkan mengikutperatuh bagi mengelak pergantungan kepada sesuatu ruangpasaran sahaja.



H. PEMBANGUNAN PERNIAGAAN.

Peningkatan pengeluaran
a.      Ini dapat dilakukan melalui 2 kaedah.
                                                              i.      Pelaburan keatas unit sedia ada dengan menambahperalatan. Ini akan mengakibatkan syarikat terpaksamengeluarkan belanja sendiri atau mengambil pinjaman.
                                                            ii.      Rangkaian pembekal (sub-vendor). Syarikat mempunyaipembekal tetap bagi menampung keperluan dan peningkatanpengeluaran tanpa melibatkan pelaburan sendiri
Rangkain pembekal (sub-vendor) – networking
a.      Sebelum ini kaedah ini dapat dilaksanakan beberapa asas perludilakukan
b.      Pemasaran tidak bergantung sepenuhnya kepada FAMA.
c.       Syarikat berupaya bersaing di pasaran luar seperti pasarayadan meliputi kawasan luar daripada Kelang.
d.      Contoh daripada harga Pemborong Alor Setar,
        Harga borong semua hasil pembekal RM 4.70
        Harga borong hasil pembekal mengikut jumlah yangditetapkan RM 4.90
        Harga belian secara mengejut atau diluar daripersetujuan – RM 5.00
        Pasa asasnya, harga borong dari DMI adalah RM 5.00– RM 6.00
e.       Kelebihan kaedah ini ini adalah
        Sokongan pembekalan yang mantap bagi memenuhi pasaran sedia ada. Masalah Utama pasaran sekarang adalahpembekalan yang tidak konsisten.
        Membantu pengeluar kecil dengan menyediakan ruangpemasaran bagi mereka teruatama pengeluar bumiputera.
        Kegagalan utama mereka adalah kapasiti pengeluaran yangkecil dan kurang upaya menyediakan bekalan konsisten.
        Faktor harga yang perlu diambilkira dengan menetapkan hargaminima. Sekiranya harga pasaran cendawan jatuh dibawahharga minima, peningkatan kos akan berlaku danmenyebabkan ramai pengeluar hilang keupayaan operasi.

I. PELAN TINDAKAN BAGI RISIKO DIJANGKAKAN.
Cendawan adalah sensitive kepada pencemaran dan cuaca dan ia memerlukan persekitaran yang bersih dan suhu yang terkawal.
A.    suhu dan kelembapan
                                                              i.      suhu yang panas akan membantutkan pengeluaran cendawandan pembesarannya
                                                            ii.      alat penyemburan kabus ( Mist Sprinkler System) dipasang didalam setiap rumah cendawan bagi melembapkan suhupondok sekiranya suhu melebihi tahap yang ditetapkan.
                                                          iii.      Atap rumah cendawan juga akan disiran secara manual 2 kalisehari bagi menurunkan suhu di dalam pondok danmembersihkan rumah cendawan daripada habuk ataudebunga tumbuhan yang lain.
                                                          iv.      Bangunan dan peralatan.
o   Jadual pembersihan bagi kawasan dalam pondok sepertimenyapu perlu dibuat bagi memastikan bahan yang menugkinmengundang serangga perosak.
o   Pembinaan dinding simen setinggi 6 inici ke atas dan bawahpermukaan tanah bagi mengelakkan serangga atau binangyang merayap dan memasuki pondok.
o   Umpan binatang perosak seperti lipas, semut, tikut juga akandiletakkan di dalam pondok.
o   Alat pembunuh serangga (electrical Insect Killer), jika perludipasang bersama dengan jarring halus bagi menghapuskanserangga.
o   Bilik suntikan perlu dibina dari bahan yang tidakmengeluarkan habuk halus terutamanya bahagian dinding.
o   Pintu masuk ke mana-mana bahagian kawasan pengeluaranatau simpanan benih perlu ditutup selalu dan hanya personelyang berkenaan sahaja yang memasukinya jika perlu.
o   Benih cendawan dibekalkan oleh pembekal yang terjaminkualitinya.
o   Proses dikontaminasi akan dilakukan kepada bilik suntiksetiap kali sebelum pusingan digunakan, rumah cendawandan rak selepas tamat setiap pusingan pemeraman.




D. Persekitaran
                                                              i.            Pembinaan longkang bagi menghalang kemasukan air kedalam pondok, gudang simpanan dan tempat habuk kayu.
                                                            ii.            Persekitaran perlu selalu dibersihkan memotong rumput dikawsan sekitar bagi mengelakkan pembiakan seranggaterutamanya nyamuk.
                                                          iii.            Perbanyakkan penanaman pokok di sekeliling kawsan bagimerendahkan suhu.

E. Personel
                                                                                I.      Hanya personel / pekerja yang berkenaan sahaja bolehmemasuki pondok dan bilik suntikan.
                                                                             II.      Penggunaan pakaian pelindung akan dikuatkuasaan jika perlubagi mengehadkan kemasukkan personel ke dalam pondokterutamanya pelawat.
                                                                           III.      Personel tidak dibenarkan membawa makanan, minuman kedalam pondok cendawan atau merosokok di dalam kawasan pengeluaran terutamanya kawasan simpanan habuk bagimengelakkan kebakaran.














J. TENAGA KERJA
Pengurusan
a.      Pengurus Besar: Mohd Izwan Bin Mohd Khalit, 27 tahunBekas Pegawai Teknologi Maklumat di KementerianPelajaran Malaysia.Mempunyai pengalaman didalampengurusan maklumat dan perancangan bagi berskala besardi dalam pemasaran.
b.      Penyelia Teknikal : En Sabri Bin Rusli 27 Tahun yangmempunyai kemahiran teknikal di dalam bidang elekterik dan elektronik akan membantu di dalam segi pembinaanstruktur. Beliau akan membantu secara terus bagi projek dikawasan Negeri Kedah.
c.       Penyelia Tanaman: Haji Zakaria, 36 Tahun mempunyai SijilPertanian Institut Pertanian Malaysia akan membantupengendalian projek secara terus.

Operasi
a.      Pengendalian harian kos operasi akan dilakukan secarakontrak mengikut pengeluaran seperti yang dicatatkan di dalamjadual kos.
b.      3 orang pekerja tetap digunakan bagi tujuan pengendalian danpenjagaan operasi.
















K. PELAN PERKIRAAN PENANAMAN


ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN
(PERUNTUKAN RM 20,000)
PERKARA
KUANTITI
ANGGARAN (RM)
CATATAN
1. BINAAN DAN PERALATAN



1.1 Bangunan 1 – Rumah Cendawan
( 415’ X 40)
• Ruang menyimpan media (5’5)
• Ruang menggaul media, bagging
dan kukus, beg media dan simpan
barang (10’X10’)
• Bilik suntik benih (5’X5”)
• Ruang pungut hasil (15” x 30”)

1 unit
14,500
Ruang memungut hasil memuatkan 3,600 beg
cendawan (anggaran hasil 12kg/hari)
Anggaran jualan hasil :
12kg x RM 5X 30 hari
= RM 1800/bulan

1.2 Set dapur, pengukus beg @ RM
500/set

2 set
1,000


1.3 Tutup, leher & penyumbat beg @
15 sen/set

7,200 set
1,080
Boleh dipakai selama 3 tahun.

1.4 Peralatan menyiram & peralatan
kecil-baldi, pencedok dll.
1 set
100

JUMLAH

16,8680





2. BAHAN PENANAMAN CENDAWAN ( UNTUK 3,600 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/ TAHUN = 7,200 BEG/TAHUN)
2.1 Habuk kayu @ 20 sen/kg
3,600kg
720
500gm/beg

2.2 Dedak halus @ 50sen/kg
360kg
180
500gm/beg

2.3 Kapur pertanian @20sen/kg
36kg
72
5gm/beg

2.4 Plastik PP 6”X13”, 0.6 @ RM8/kg
36kg
288
200kpg/kg

2.5 Benih Cendawan @ RM 1.20
240 botol
288
30 beg /botol

2.6 Gas @ 7 sen/beg
7,200 beg
504
Kadar pengukusan menggunakan tong dram

2.7 Penggunaan air

100

2.8 Pelbagai – Klorox, Alkohol

68


2.9 Upah pekerja @ RM 550 X 2
Bulan Pertama
1 pekerja
1,100
Upah perkerja di bulan ketiga diambil dari jualan
hasil cendawan.

JUMLAH

3,320

JUMLAH BESAR

20,000






ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN
(PENDAPATAN KASAR RM 3,000/BULAN)
PERKARA
ANGGARAN (RM)
CATATAN
1. BINAAN DAN PERALATAN


1.1 Bangunan I – Rumah penyediaan (20’X15’)
• Ruang menyimpan media (5’X10’)
• Setor (3’X10’)
• Ruang menggaul media, bagging & kukus beg
media (10’X15’)
• Bilik suntik media (7’X10’)

7,000


1.2 Bangunan II – Rumah Cendawan 20’X 40’
(termasuk rak beg media)

16,000
Ruang memungut hasil memuatkan
6,000 beg cendawan anggaran hasil
20kg/hari

1.3 Set dapur, pengukus beg, 2 set @ RM 500 /set
1,000

1.4 peralatan menyiram 1 set
100

1.5 Pelbagai peralatab kecil-baldi/pencedok dll
300

JUMLAH
24,400





2. BAHAN PENANAMAN CENDAWN ( UNTUK 6,000 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/ TAHUN = 12,000 BEG SETAHUN
2.1 Habuk kayu, 6,000 kg @ 20 sen
1,200
3,000kg/ 1 musim

2.2 Dedak halus 600kg @ 50 sen
300
300kg/ 1 musim

2.3 kapur pertanian 60kg @ 20 sen
12
30kg/ 1 musim

2.4 Tutup, leher & penyumbat beg 12,000 set @ 15 sen
1,800
Boleh dipakai semula untuk 3 tahun
2.5 Plastik PP 6”X 13” , 0.6 @ RM 8kg
480
200kg.kg

2.6 benih Cendawan 400 botol @ RM 1.20
240


2.7 Gas @ 7 sen/beg x 12,000 beg
840


2.8 Penggunaan air & api
200


2.9 Pelbagai
400


JUMLAH
5,472

JUMLAH BESAR
29,872









PERKIRAAN PENDAPATAN KASAR RM3,000/SEBULAN
Penghasilan 20kg/hari
• Tiap beg dianggarkan 50/gm /kutipan
• Setiap hari perlu buka beg media 400 bg/hari (400
beg x 50 gm = 20 kg)
• Setiap beg media diselangi 15 hari sekali kutipan
hasil.
• Perlu ada : 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg
media

Hail harian cendawan
20kg/harian dengan jualan harga jualan RM5/kg

Pendapatan kasar harian
20kg x RM 5.00 = RM 100/Hari


No comments:

Post a Comment