PENANAMAN
CENDAWAN SECARA KOMERSIAL
RANCANGAN
PERNIAGAAN PENANAMAN CENDAWAN SECARA
KOMERSIL DI LOT
129, KUALA NERANG, KEDAH.
NAMA SYARIKAT : DAHSHAFAR
(AS-123456-P)
LOKASI : KUALA
NERANG, KEDAH
KELUASAN : 50 EKAR
PEJABAT : NO 41
TAMAN DESA SAPURA, KUALA NERANG
TELEFON/FAX :+6011-19104553
TARIKH : 23 MAC
2013
ISI KANDUNGAN
A. Matlamat
B. Pihak Yang
Terlibat
C. Pemilihan
Penanaman Cendawan
D. Lokasi Projek
E. Perancangan
Pengeluaran
F. Analisa
Pengeluaran dan Kewangan
G. Rancangan
Pemasaran
H. Pembangunan
Perniagaan
I. Pelan Tindakan
bagi Risiko dijangkakan
J. Tenaga kerja
K. Pelan Perancangan
penanaman
A. MATLAMAT
1.
Melibatkan diri sebagai generasi
muda bumiputera di dalam sektor pertanian secara komersil terutama pertanian menggunakan
teknologi tanpa pengggunaan tanah yang luas disamping menyahut hasrat kerajaan
untuk menjadikanpertanian adalah sebuah bentuk perniagaan yang menguntungkan.
2.
Kadar jualan melebihi RM
250,000.00 setahun
3.
Menjadi projek pertanian contoh
secara khususnya bagi tujuandan latihan bagi kemententerian Pertanian.
4.
Menyediakan peluang pekerjaaan
sampingan kepadamasyarakat setempat.
5.
Bagi pengeluaran 200kg sehari,
pekerja kontrak yangdiperlukan bagi proses penyediaan beg adalah seramai
10-15orang dan pembungkusan adalah seramai 10 orang.
B. PIHAK YANG TERLIBAT
1. ProjekCendawan
(Kedah AgroFarm) / Belia 4B- Pengusaha
2. Jabatan Pertanian
Malaysia – Pembimbing Projek
3. FAMA- Pemasaran
dan logistic
4. MARDI- Khidmat
Nasihat Teknikal
5. Bank Pertanian –
pembiaya Kewangan Projek
C. PEMILIHAN CENDAWAN TIRAM
1.
Secara amnya cendawan tidak
memerlukan penggunaan tanah sebagai medium pertanian bahan buangan iaitu habuk
kayu getah merupakan media utama.
2.
Penggunaan ruang yang efektif
kerana beg cendawan disusundi atas rak.
3.
Berpotensi memaksimakan dan
mempelbagai penggunaantanah kebun getah, kelapa sawit, buah-buahan atau
kawasanrumah kampong seperti kawasan Felda.
4.
Kebolehan perancangan pengeluaran
dilakukan keranapusingan (fruiting ) boleh dijangkkakan.
5.
Pengerakan harga bulanan yang
stabil ( sumber wartabarangan 2000 FAMA)
6.
Cendawan Tiram mempunyai beberapa
variety sepertiCendawan Tiram Kelabu, Putih, Merah Samar, Biru dan Kuning
D. LOKASI
PROJEK
Tanah Pertanian di
Kg. Baru Kuala Nerang, Kuala Nerang milik Koperasi Peladang, atas pajakan
selama 10 tahun seluas 50 ekar. Dinilai perjanjian selama RM 300 Ribu secara
usahasama dengan syer 30%. Tapak Projek dipilih berasaskan faktor berikut:
1. Berada di didalam lingkungan 120 KM dari Pulau Pinang ( hubpemasaran )
bagi kemudahan pemasaran dan logistik sayuranyang mudah rosak. Kawasan yang
termasuk di dalam KoridorUtara.
2. Kawasan persekitaran yang bersih dikelilingi oleh pokok bagimenghalang
pencemaran terutama asap kenderaan kerana iaterletak kira-kira 1 KM dari jalan
utama.
3. Lokasi tersebut mempunyai prasarana kemudahan asas sepertibekalan air
paip, elekterik dan jalan yang lengkap.
4. Berdekatan dengan kawasan kampong bagi kemudahantenaga kerja ini juga
bagi menyediakan peluang pekerjaansampingan kepada masyarakat setempat
khususnya bagi belia- belia di sekitar daerah Kuala Nerang, Kedah.
E. PERANCANGAN
PENGELUARAN
Faktor utama berikut adalah penting merancang
pengeluaran dan pengiraan.
Penghasilan
1. Tempoh Pemeraman – selepas menyuntik benih 45 hari
2. Masa rehat (fruiting interval) di antara pungutan hasil adalah10 hari.
3. Tempoh Matang selepas penutupan dibuka adalah 3 hari( ditutup semula
pada hari ke 5)
4. kekerapan penghasilan sebanyak 4 kali
5. Campuran Media : 100:10:1 Habuk kayu 500gm/beg
6. Biji benih: 1 Botol / 25 beg
7. pengeluaran : 200kg sehari
8. Hasil per berg: 60 gm
9. Upah kerja
a.
Penyediaan beg 17 sen beg
b.
Pembungkusan 7 sen beg
c.
Pengurusan RM 10,000 Sebulan
10. Sewa RM 300 sebulan
11. Pemasaran
a.
Berat Bersih 10gm / pek
b.
Harga RM 4.00/kg
Keperluan
Peralatan Pengeluaran.
12. Pondok Cendawan ( 2 Unit) – dua (2) unit pondok perludibina bagi
sesuatu matlamat pengeluaran. Satu unit bagimenempatkan beg cendawan bagi
penghasilan semasa dansebuah lagi menempatkan beg cendawan gantian selepaspondok
pertama habis pengeluaran hasil.
13. Pengukusan (2 unit) – kapasiti muatan untuk satupengukus dalam 1000
beg. Bagi pengeluaran 200kg sehari,bagi menyuntik 3,833 beg beg sehari 2
pengukus diperlukanbagi memenuhi matlamat ini.
•
Beg cendawan akan dikukus sela a12
jam dan akandibiarkan sejuk selama 48 jam sebelum benih disuntik.
•
Pengukusan akan dibuat pada suhu
minima 100°C bagimenyahkuman campuran media.
14. Sistem Penyemburan kabus (mist sprinker system)(2unit) – perlu dibina
bagi mengawal suhu di dalam pondoksupaya kurang daripada 28°C dan peratus
kelembapanmelebihi 80%.
15. Mesin Pembancuh – bagi menimatkan tenaga kerja danmemperolehi campuran
media yang sekata.
16. Kelengkapan lain – termasuklah peralatan dan servispembasmian serangga
perosak, peti sejuk dan elektrik sepertilampu.
17. Bilik suntik dan stor – keperluan menyediaan bilikkhusus bagi bilik
suntik untuk meminimakan kerosakan dan bilikstor habuk bagi mengurangkan
kerugian atau lebihpenggunaan bahan media.
F. ANALISA
PENGELUARAN DAN KEWANGAN
1. Faktor Utama Kos
Penyediaan Peralatan dan Bangunan RM 136,724
Pondok
Cendawan
1.
2 pondok cendawan memerlukan 38
ribu iaitu 22.79%dari jumlah keseluruhan pembiayaan.
2.
Satu pondok disediakan bagi
menghasilkan semasa dan satu pondok tambahan diperlukan bagi menampungpenghasilan
selepas pondok pertama telah tamat tempohpenghasilan.
3.
Ia juga disediakan kerana masa
pemeraman sebelumpenghasilan adalah selama 45 hari.
4.
Muatan pondok perlu menempatkan
jumlah keseluruhanbeg cendawan untuk sesuatu penghasilan bagi mengelakpembaziran
ruang.
5.
Setiap pondok akan dibahagikan
kepada 3 seksyentertutup bagi menimakan risiko jangkitan penyakitcendawan.
Pengukus
1. 2 unit pengukus menelan belanja RM 10 ribu iaitu 6%daripada belanja
pembiayaan.
2. Pengukus merupakan alat kritikal kerana faktor berikutperlu diambil
kira bagi penempatan cendawan.
•
Muatan pengukus mesti dapat
menampungmatlamat pengeluaran sehari.
•
Masa yang diambil bagi mengukus
beg cendawanadalah selama 12 jam pada suhu 100C.
•
Masa yang diperlukan bagi
menyejukkan begcendawan pada suhu bilik adalah selama 48 jam.
3. Dua pengukus diperlukan bagi pengeluaran cendawan 200kgsehari
pengukusan sebaik-baiknya dilakukan semasa waktusiang bagi mengelakkan
kesilapan.
Perbelanjaan
tetap (overhead) Pengurusan dan Sewa.
1. Jumlah sebenar kos ini adalah RM 18,197 bagi setiap pusinganpenanaman.
2. Jumlah ini adalah 10.91% daripada belanja pembiayaan atauRM 0.40 per
beg atau RM 0.38 bagi setiap RM.
3. Kadar Kos ini bagi setiap beg akan menurun jika
pengeluaranditingkatkan. Sebagai contoh kenaikan pengeluaranditingkatkan.
Sebagi contoh; kenaikan pengeluaran sebanyak 5kg sehari akan menurrunkan kos
ini sebanyak 1.56% bagisetiap ringgit atau mengurangkan kos per beg sebanyak
0.01.
Perbelanjaan
Operasi – RM 33,074 (58%) semusim
1.
Perbelanjaan yang diperlukan bagi
menyediakan 46 000 begcendawan semusim dan membungkus 200kg pek cendawansehari
adalah 29,496.50.
2.
Ini merupakan 16.49% daripada
jumlah pembiayaan atau RM0.40 per beg atau bernilai RM 0.58 bagi setiap RM.
3.
Kadar Kos ini adalah berkadar
terus dengan jumlahpenghasilan yang dirancang.
4.
Hasil pendapatan bagi pusingan
semasa akan disimpan bagijumlah bagi perbelanjaan operasi untuk keperluan
pusinganberikutnya.
5.
Habuk kayu getah sebagai media
asas penanamanmenyumbang sebanyak 13.91% kepada jumlah perbelanjaanoperasi.
Keperluan
pengurangan kos dan memaksimakan penggunaan peralatan,
1.
Mengurangkan kos
a.
Meningkatkan jumlah penghasilan
setiap beg. Antara faktoryang perlu diambilkira adalah cuaca panas yang
akanmembantutkan pembesaran cendawan atau menyebabkancendawan menjadi kering
dan ringan.
b.
Bagi tujuan ini sistem penyemburan
akan diaktifkan secaraautomatik sekiranya suhu melebihi 28 C dan bagi
mengekalkankelembapan udara pada minima 80C.
c.
Memaksimakan penggunaan ruang
pondok cendawan danpengukus. Rekabentuk pondok perlu dirancang bagimenempatkan
jumlah keseluruhan beg yang diperlukan bagisetiap pusingan pada satu beg. Ini
bagi mengelakanpercampuran beg cendawan antara penanaman semasa danpenanaman
berikutnya.
d.
Oleh kerana kos pengurusan dan
operasi adalah tetap, satu-satunya cara mengurangkan kos ini adalah
denganmenambahkan jumlah pengeluaran.
2.
Masa rehat (Inter-fruiting) dan
penghasilan
a.
Masa rehat diantara setiap kutipan
hasil.
i.
Penambahan masa rehat penghasilan
(fruiting interval) akanmenyebabkan penambahan jumlah beg cendawan.
ii.
Ini akan menyebabkan kos
penyediaan peralatan dan kos tetapakan turut meningkatkat kerana lebih lama
masa yang diperlukanuntuk mengeluarkan hasil.
iii.
Jika lebih lama masa yang
diperlukan untuk pengeluaran hasil,tempoh pembayaran balik pinjaman juga akan
meningkat.
b.
Penghasilan setiap beg.Penghasilan
setiap beg adalah amat penting kerana penghasilansetiap beg yang akan tinggi
akan mengurangkan jumlah beg yangdiperlukan.
c.
Penambahan kekerapan penghasilan
(fruiting cycles)
i.
Penambahan penghasilan daripada 4
kali daripada 5 kali akanmeningkatkan nisbah pendapatan kepada modal
tetapimeningkatkan pembayaran pinjaman.
d.
Harga
Untuk tujuan pengiraan harga pasaran bernilai
RM 4.00 sekilogramadalah digunakan. Kenaikan harga akan memberikan kesan yang positif
kepada semua faktor kos dan pembayaran pinjaman.
e.
Kesan perubahan konstan:
KONSTAN
|
PENGELUARAN
|
HARGA
|
HASIL/BEG
|
MASA REHAT & MATANG
|
MASA PEMERAMAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Secara amnya 2 faktor
berikut akan memberikan kesan positif ke atas projek tanpa melibatkan
pembiayaan tambahan.
·
Penambahan penghasilan setiap beg
·
Kenaikan harga cendawan.
f.
Pendapatan sampingan
i.
Pelupusan media sebagai baja
kompos
§ Selepas tamat penghasilan semasa, media yang digunakandapat dijual
sebagai baja kompos atau sebagai bahancampuran membuat baja kompos.
§ Bagi setiap penanaman terdapat 13,800 kg buangan yangdapat dikumpulkan
§ Sekiranya dijual pada harga borong RM 1.00 sekilogrampendapatan
sampingan yang boleh didapati adalah RM13,800.
ii.
Penjualan beg cendawan Siap.Beg
cendawan siap boleh dijualkan kepada pengusaha kecil yangtidak mampu
menyediakan perusahaan modal kapital atau bagi isirumah yang mahu mendekati
perusahaan cendawan tiram bolehmembeli beg yang telah siap disuntik pada harga
RM 1.50. Puratakos penyediaan adalah RM 1.03
g.
Pembiayaan dan pulangan:
Pinjaman pembangunan
|
RM 136,724
|
Pinjaman Operasi
|
RM 30,027
|
Jumlah keseluruhan
|
RM 166,751
|
Pendapatan tahun Pertama
|
RM 360,500
|
Tempoh pembayaran Pinjaman
|
602 hari / 1 tahun 8 bulan 2 hari
|
Analisa kewangan
(Tempoh projek @ 15 tahun)
NPV@10% RM482,967
IRR 95.18%
B/C @ 10% 6.69
G. RANCANGAN PEMASARAN
Peringkat permulaan
1.
Pemasaran akan dilakukan melalui
Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan (FAMA).
a.Dilakukan bagi
membolehkan pengusaha menumpukanperhatian kepada pengurusan dan penanaman.
b.FAMA akan
membantu dari segi logistik dan pasaran.
c. Memperolehi pengalaman dan kebolehpercayaansebelum memasuki pasaran
terbuka secara sendiri.
2.
Pembekalan dilakukan melalui
kontrak bekalan.
a.Cara kedua:
konsep jaminan pasaran 100%Kaedah permulaan bagi permulaan projek melalui
pinjaman bank.
Peringkat kedua
I.
Pemasaran masih lagi dijalankan
melalui FAMA tetapimenggunakan kontrak bekalan berbeza.
•
Cara pertama : konsep jaminan
pasaran ikut peratus
II.
Kaedah yang akan digunakan setelah
pinjaman dilunaskan ataumendapat kepercayaan daripada pasaran terbuka.
•
Pemasaran akan dilakukan sendiri
kepada pasaraya, pasarborong, pasar basah dan mana-mana ruang atau
kaedahajualan yang ada bagi mendapatkan harga yang maksima.
•
Pemasaran selain daripada FAMA
akan dipecahkan mengikutperatuh bagi mengelak pergantungan kepada sesuatu
ruangpasaran sahaja.
H. PEMBANGUNAN PERNIAGAAN.
Peningkatan pengeluaran
a.
Ini dapat dilakukan melalui 2
kaedah.
i.
Pelaburan keatas unit sedia ada
dengan menambahperalatan. Ini akan mengakibatkan syarikat terpaksamengeluarkan
belanja sendiri atau mengambil pinjaman.
ii.
Rangkaian pembekal (sub-vendor).
Syarikat mempunyaipembekal tetap bagi menampung keperluan dan peningkatanpengeluaran
tanpa melibatkan pelaburan sendiri
Rangkain pembekal (sub-vendor) – networking
a. Sebelum ini kaedah ini dapat dilaksanakan beberapa asas perludilakukan
b. Pemasaran tidak bergantung sepenuhnya kepada FAMA.
c. Syarikat berupaya bersaing di pasaran luar seperti pasarayadan meliputi
kawasan luar daripada Kelang.
d. Contoh daripada harga Pemborong Alor Setar,
•
Harga borong semua hasil pembekal
RM 4.70
•
Harga borong hasil pembekal
mengikut jumlah yangditetapkan RM 4.90
•
Harga belian secara mengejut atau
diluar daripersetujuan – RM 5.00
•
Pasa asasnya, harga borong dari
DMI adalah RM 5.00– RM 6.00
e. Kelebihan kaedah ini ini adalah
•
Sokongan pembekalan yang mantap
bagi memenuhi pasaran sedia ada. Masalah Utama pasaran sekarang
adalahpembekalan yang tidak konsisten.
•
Membantu pengeluar kecil dengan
menyediakan ruangpemasaran bagi mereka teruatama pengeluar bumiputera.
•
Kegagalan utama mereka adalah
kapasiti pengeluaran yangkecil dan kurang upaya menyediakan bekalan konsisten.
•
Faktor harga yang perlu
diambilkira dengan menetapkan hargaminima. Sekiranya harga pasaran cendawan
jatuh dibawahharga minima, peningkatan kos akan berlaku danmenyebabkan ramai
pengeluar hilang keupayaan operasi.
I. PELAN TINDAKAN BAGI RISIKO DIJANGKAKAN.
Cendawan adalah sensitive kepada pencemaran
dan cuaca dan ia memerlukan persekitaran yang bersih dan suhu yang terkawal.
A. suhu dan kelembapan
i.
suhu yang panas akan membantutkan
pengeluaran cendawandan pembesarannya
ii.
alat penyemburan kabus ( Mist
Sprinkler System) dipasang didalam setiap rumah cendawan bagi melembapkan
suhupondok sekiranya suhu melebihi tahap yang ditetapkan.
iii.
Atap rumah cendawan juga akan
disiran secara manual 2 kalisehari bagi menurunkan suhu di dalam pondok
danmembersihkan rumah cendawan daripada habuk ataudebunga tumbuhan yang lain.
iv.
Bangunan dan peralatan.
o
Jadual pembersihan bagi kawasan
dalam pondok sepertimenyapu perlu dibuat bagi memastikan bahan yang
menugkinmengundang serangga perosak.
o
Pembinaan dinding simen setinggi 6
inici ke atas dan bawahpermukaan tanah bagi mengelakkan serangga atau
binangyang merayap dan memasuki pondok.
o
Umpan binatang perosak seperti
lipas, semut, tikut juga akandiletakkan di dalam pondok.
o
Alat pembunuh serangga (electrical
Insect Killer), jika perludipasang bersama dengan jarring halus bagi menghapuskanserangga.
o
Bilik suntikan perlu dibina dari
bahan yang tidakmengeluarkan habuk halus terutamanya bahagian dinding.
o
Pintu masuk ke mana-mana bahagian
kawasan pengeluaranatau simpanan benih perlu ditutup selalu dan hanya
personelyang berkenaan sahaja yang memasukinya jika perlu.
o
Benih cendawan dibekalkan oleh
pembekal yang terjaminkualitinya.
o
Proses dikontaminasi akan
dilakukan kepada bilik suntiksetiap kali sebelum pusingan digunakan, rumah
cendawandan rak selepas tamat setiap pusingan pemeraman.
D. Persekitaran
i.
Pembinaan longkang bagi menghalang
kemasukan air kedalam pondok, gudang simpanan dan tempat habuk kayu.
ii.
Persekitaran perlu selalu
dibersihkan memotong rumput dikawsan sekitar bagi mengelakkan pembiakan
seranggaterutamanya nyamuk.
iii.
Perbanyakkan penanaman pokok di
sekeliling kawsan bagimerendahkan suhu.
E.
Personel
I.
Hanya personel / pekerja yang
berkenaan sahaja bolehmemasuki pondok dan bilik suntikan.
II.
Penggunaan pakaian pelindung akan
dikuatkuasaan jika perlubagi mengehadkan kemasukkan personel ke dalam
pondokterutamanya pelawat.
III.
Personel tidak dibenarkan membawa
makanan, minuman kedalam pondok cendawan atau merosokok di dalam kawasan pengeluaran
terutamanya kawasan simpanan habuk bagimengelakkan kebakaran.
J. TENAGA KERJA
Pengurusan
a.
Pengurus Besar: Mohd Izwan Bin
Mohd Khalit, 27 tahunBekas Pegawai Teknologi Maklumat di KementerianPelajaran
Malaysia.Mempunyai pengalaman didalampengurusan maklumat dan perancangan bagi
berskala besardi dalam pemasaran.
b.
Penyelia Teknikal : En Sabri Bin Rusli
27 Tahun yangmempunyai kemahiran teknikal di dalam bidang elekterik dan elektronik
akan membantu di dalam segi pembinaanstruktur. Beliau akan membantu secara
terus bagi projek dikawasan Negeri Kedah.
c.
Penyelia Tanaman: Haji Zakaria, 36
Tahun mempunyai SijilPertanian Institut Pertanian Malaysia akan
membantupengendalian projek secara terus.
Operasi
a.
Pengendalian harian kos operasi
akan dilakukan secarakontrak mengikut pengeluaran seperti yang dicatatkan di
dalamjadual kos.
b.
3 orang pekerja tetap digunakan
bagi tujuan pengendalian danpenjagaan operasi.
K. PELAN
PERKIRAAN PENANAMAN
ANGGARAN
KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN
(PERUNTUKAN
RM 20,000)
PERKARA
|
KUANTITI
|
ANGGARAN (RM)
|
CATATAN
|
1. BINAAN DAN PERALATAN
|
|
|
|
1.1 Bangunan 1 – Rumah Cendawan
( 415’ X 40)
• Ruang menyimpan media (5’5)
• Ruang menggaul media, bagging
dan kukus, beg media dan simpan
barang (10’X10’)
• Bilik suntik benih (5’X5”)
• Ruang pungut hasil (15” x 30”)
|
1 unit
|
14,500
|
Ruang memungut hasil memuatkan 3,600 beg
cendawan (anggaran hasil 12kg/hari)
Anggaran jualan hasil :
12kg x RM 5X 30 hari
= RM 1800/bulan
|
1.2 Set dapur, pengukus beg @ RM
500/set
|
2 set
|
1,000
|
|
1.3 Tutup, leher & penyumbat beg @
15 sen/set
|
7,200 set
|
1,080
|
Boleh dipakai selama 3 tahun.
|
1.4 Peralatan menyiram & peralatan
kecil-baldi, pencedok dll.
|
1 set
|
100
|
|
JUMLAH
|
|
16,8680
|
|
2. BAHAN PENANAMAN
CENDAWAN ( UNTUK 3,600 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/ TAHUN = 7,200 BEG/TAHUN)
|
2.1 Habuk kayu @ 20 sen/kg
|
3,600kg
|
720
|
500gm/beg
|
2.2 Dedak halus @ 50sen/kg
|
360kg
|
180
|
500gm/beg
|
2.3 Kapur pertanian @20sen/kg
|
36kg
|
72
|
5gm/beg
|
2.4 Plastik PP 6”X13”, 0.6 @ RM8/kg
|
36kg
|
288
|
200kpg/kg
|
2.5 Benih Cendawan @ RM 1.20
|
240 botol
|
288
|
30 beg /botol
|
2.6 Gas @ 7 sen/beg
|
7,200 beg
|
504
|
Kadar pengukusan menggunakan tong dram
|
2.7 Penggunaan air
|
|
100
|
|
2.8 Pelbagai – Klorox, Alkohol
|
|
68
|
|
2.9 Upah pekerja @ RM 550 X 2
Bulan Pertama
|
1 pekerja
|
1,100
|
Upah perkerja di bulan ketiga diambil dari jualan
hasil cendawan.
|
JUMLAH
|
|
3,320
|
|
JUMLAH BESAR
|
|
20,000
|
|
ANGGARAN
KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN
(PENDAPATAN
KASAR RM 3,000/BULAN)
PERKARA
|
ANGGARAN (RM)
|
CATATAN
|
1. BINAAN DAN PERALATAN
|
|
|
1.1 Bangunan I – Rumah penyediaan (20’X15’)
• Ruang menyimpan media (5’X10’)
• Setor (3’X10’)
• Ruang menggaul media, bagging & kukus beg
media (10’X15’)
• Bilik suntik media (7’X10’)
|
7,000
|
|
1.2 Bangunan II – Rumah Cendawan 20’X 40’
(termasuk rak beg media)
|
16,000
|
Ruang memungut hasil memuatkan
6,000 beg cendawan anggaran hasil
20kg/hari
|
1.3 Set dapur, pengukus beg, 2 set @ RM 500 /set
|
1,000
|
|
1.4 peralatan menyiram 1 set
|
100
|
|
1.5 Pelbagai peralatab kecil-baldi/pencedok dll
|
300
|
|
JUMLAH
|
24,400
|
|
2. BAHAN PENANAMAN
CENDAWN ( UNTUK 6,000 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/ TAHUN = 12,000 BEG SETAHUN
|
2.1 Habuk kayu, 6,000 kg @ 20 sen
|
1,200
|
3,000kg/ 1 musim
|
2.2 Dedak halus 600kg @ 50 sen
|
300
|
300kg/ 1 musim
|
2.3 kapur pertanian 60kg @ 20 sen
|
12
|
30kg/ 1 musim
|
2.4 Tutup, leher & penyumbat beg 12,000 set @ 15 sen
|
1,800
|
Boleh dipakai semula untuk 3 tahun
|
2.5 Plastik PP 6”X 13” , 0.6 @ RM 8kg
|
480
|
200kg.kg
|
2.6 benih Cendawan 400 botol @ RM 1.20
|
240
|
|
2.7 Gas @ 7 sen/beg x 12,000 beg
|
840
|
|
2.8 Penggunaan air & api
|
200
|
|
2.9 Pelbagai
|
400
|
|
JUMLAH
|
5,472
|
|
JUMLAH BESAR
|
29,872
|
|
PERKIRAAN PENDAPATAN KASAR
RM3,000/SEBULAN
Penghasilan 20kg/hari
|
• Tiap beg dianggarkan 50/gm /kutipan
• Setiap hari perlu buka beg media 400 bg/hari (400
beg x 50 gm = 20 kg)
• Setiap beg media diselangi 15 hari sekali kutipan
hasil.
• Perlu ada : 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg
media
|
Hail harian cendawan
|
20kg/harian dengan jualan harga jualan RM5/kg
|
Pendapatan kasar harian
|
20kg x RM 5.00 = RM 100/Hari
|